Lebih tiga juta kes Covid-19 dikesan di seluruh dunia dengan 210,000 kematian direkod, menurut Johns Hopkins University.
Amerika Syarikat (AS) masih menunjukkan peningkatan dalam angka jangkitan, dengan 1,000,000 juta kes telah direkodkan pada Isnin, melibatkan 56,677 kematian.
Presiden AS, Donald Trump dalam pada itu menyatakan angka kematian boleh mencecah hingga 70,000 orang. Namun AS telah mengambil langkah melonggarkan sekatan dengan membenarkan beberapa negeri membenarkan kilang beroperasi.
Ia susulan jangkaan kadar pengangguran bakal mencecah 16 peratus pada bulan ini sementara Itali dan Sepanyol turut melonggarkan sekatan.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus Covid-19 melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes dan kematian di negara Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan sesetengah negara Asia.
“Perjalanan masih jauh dan banyak kerja yang perlu dilakukan,” katanya.