Anak Tiri Bekas PM Dibenar Lepas Tanpa Bebas

Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz yang dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas pendakwaraya ad hoc, Gopal Sri Ram beritahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

“Suatu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana terma-termanya adalah kerajaan persekutuan akan terima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit,” katanya, membaca kenyataan yang disediakan.

Jumlah wang itu merujuk kepada isi pertuduhan.

Melalui persetujuan itu, pertuduhan anak tiri Datuk Seri Najib Razak itu hanya akan diteruskan selepas perjanjian dieselesaikan.

BBerkaitan

Latest articles