Anak Tegaskan Syed Imran, Papagomo Tak Wakili Najib

KUALA LUMPUR: Dakwaan penyokong Datuk Seri Najib Razak enggan lagi mewakili perjuangan bekas perdana menteri itu dan memilih menyokong Perikatan Nasional (PN) dijawab Nooryana Najwa Najwa.

Anak perempuan Najib yang mesra dipanggil Yana tampil mempertahankan bapanya sambil menegaskan Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz dan Papagomo tidak mewakili Najib.

“Pagi tadi Yana terima mesej daripada Daddy (Najib). DSN (Datuk Seri Najib) ingin tegaskan bahawa Syed Imran dan Papagomo tidak mewakili DSN mahupun penyokong-penyokong DSN.

“Syed Imran juga tidak diarahkan oleh DSN untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pendirian DSN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yana, yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO berkata Najib sudah berada dalam penjara hampir setahun dan tidak adil bagi Syed Imran atau mana-mana individu lain untuk tunggang atau mempergunakan nama bapanya.

“Telah banyak ujian dan cabaran yang telah DSN lalui. DSN tahu menilai yang mana satu kawan yang mana satu lawan,” katanya.

Tegas Yana lagi, pendirian rasmi DSN hanya sah sekiranya ianya dimuat naik dalam saluran media sosial rasmi milik DSN melalui mesej kepada peguamnya.

BBerkaitan

Latest articles