Anak Muda Pilih BN Kerana Pengalaman Pentadbiran Dan Berpegang Janji

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung dalam tempoh tiga hari akan datang akan menjadi medan penting bagi setiap parti yang bertanding untuk memenangi golongan pengundi muda.

Ini berikutan Perlaksanaan undi 18 tahun yang buat kali pertamanya, sekaligus menjadikan PRN Johor tersebut berbeza berbanding Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN sebelum ini.

Rata-rata parti politik mengakui bahawa PRN Johor sangat penting untuk dijadikan sebagai kayu ukur dan cerminan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

https://vt.tiktok.com/ZSd18jgMt/

 

Namun bagi seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Liyana Nabilah Zulkarnain, beliau berpandangan pentadbiran kerajaan negeri seharusnya diberikan kepada pihak yang arif dan mempunyai pengalaman yang luas.

Ini kerana, percaturan memberikan peluang kepada mereka yang ‘tidak layak’ hanya akan memperjudikan nasib rakyat dan negeri itu sendiri.

“Buat anak-anak muda yang mengundi kali pertama dinasihatkan untuk pilihlah parti yang mempunyai struktur pentadbiran dan mendapat kepercayaan akar umbi, parti yang stabil dan mendapat kepercayaan daripada rakyat, dan parti yang sentiasa menunaikan janji manifestonya. Jadi undilah BN,” ujar gadis berusia 22 tahun itu.

Untuk rekod seramai 2.576 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan 12 Mac ini.

Pengundian awal yang berlangsung semalam dalam kalangan anggota polis dan tentera serta pasangan menyaksikan sebanyak 87 peratus daripada 22,536 orang pengundi awal telah menjalankan tanggungjawab mereka.

BBerkaitan

Latest articles