Anak Menteri, Pasangan Kahwin Sorok Sejak September Lalu

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas mereka berkahwin di negara jiran pada September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil siasatan pasangan berkenaan bercinta dan ingin berkahwin, namun berdepan dengan halangan.

“Mereka sebenarnya menyorok perkahwinan yang berlaku pada September tahun lalu dan rakannya sendiri tidak mengetahuinya.

“Apabila jadi isu macam ini kawan-kawan mereka pun tidak tahu jadi mereka tidak mahu memperbesarkan kerana takut keluarga terasa hati,” katanya kepada media selepas Majlis Apresiasi Ketua Polis Negara Bersama Pegawai Polis yang Bersifat Mulia dan Budiman, Pulapol, hari ini.

Razarudin berkata, kertas siasatan juga sudah dilengkapkan dan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya (TPR) di Pulau Pinang.
“Kita masih menunggu arahan selanjutnya,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri seperti yang tular di laman media sosial sejak Rabu.

Razarudin dilaporkan berkata, siasatan kes berkenaan sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin lalu, untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Tindakan itu sekali gus menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

Pihak polis juga sudah merakam percakapan terhadap semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

Terdahulu tular dalam laman sosial Telegram kes membabitkan anak seorang menteri, yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungannya sejak tujuh minggu lalu.

Pada masa ini siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

BBerkaitan

Latest articles