Anak Malaysia Termuda Tawan Mt Kilimanjaro

KUALA LUMPUR: Yashodev Yash Ganasan, 15, mencatatkan rekod rakyat Malaysia pertama termuda menakluki puncak Gunung Kilimanjaro pada ketinggian 5,895 meter/19,341 kaki AMSL.

Yashodev memulakan ekspedisi pada 21 Jan 2023 bersama bapa A Ganasan K Arumugam 49, dan ibu Logeswari M.Shanmugam, 46, dan menyiapkan laluan Lemosho selama 8 hari pada 28 Jan 2023.

Bagaimanapun Yashodev berjaya ke Puncak Uhuru Mt Kilimanjaro bersama ibu dan bapa saudaranya Senthilnathan Shanmugam, 42.

Sementara bapa dan ibu saudaranya Kamaleshwari M.Shanmugam, 47, tiba di Stella Point pada ketinggian 5,756 meter/18,885 kaki AMSL.

Mt Kilimanjaro adalah salah satu daripada tujuh puncak dunia dan menduduki tempat ke empat selepas Everest, Aconcagua dan Denali.

BBerkaitan

Latest articles