Anak Bekas PM Ditahan, Polis Temui Dadah Dalam Kereta

KUALA LUMPUR: Anak kepada seorang bekas pemimpin negara ditahan polis selepas ditemukan dadah dalam kereta yang dipandunya ketika melalui Lebuhraya Sprint, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

“Ya, saya sahkan,” katanya ringkas tanpa mengulas lanjut.

Difahamkan, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

Penahanan dibuat menerusi operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang dijalankan di sekitar Damansara.

Dalam operasi itu, polis menemukan sejumlah kecil heroin serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

BBerkaitan

Latest articles