Amizar Pertaruhan BN Di PRK DUN Pelangai

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai 7 Oktober depan.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan perkara itu pada majlis pengumuman calon BN di Dewan Majlis Daerah Bentong, malam ini.

Ini bukan kali pertama Amizar masuk ke gelanggang pilihan raya, apabila beliau pernah bertanding di kerusi DUN Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Untuk rekod, kerusi DUN Pelangai diisytiharkan kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun maut dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Ekoran itu, SPR menetapkan 23 September ini sebagai hari penamaan calon dan 7 Oktober hari pengundian PRK DUN Pelangai membabitkan 16,456 pemilih berdaftar.

BBerkaitan

Latest articles