Amizar Berdepan Calon PN, Bebas Di DUN Pelangai

KUALA LUMPUR: Seramai tiga nama dikemukakan sebagai calon untuk bertanding di PRK DUN Pelangai, 7 Oktober ini.

Mereka adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam, 50, akan mewakili Barisan Nasional (BN) dan Naib Yang Dipertua PAS Bentong Kasim Samat, 62, mewakili PN.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli, 36, pula akam bertanding sebagai calon bebas.

Nama semua calon yang layak bertanding itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya DUN Pelangai, Mohammad Shahid Ismail selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Terdahulu, Shahid mengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima tiga borang pencalonan dari calon berkenaan dan tiada yang ditolak.

SPR sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Oktober manakala 7 Oktober sebagai hari pengundian.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

BBerkaitan

Latest articles