Amir Hamzah, Dari CEO KWSP Kepada Menteri Kewangan II

KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet hari ini juga menyaksikan personaliti korporat mengisi kekuatan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Amir Hamzah diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Terdahulu pada pagi tadi, Amir mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadpaan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Untuk rekod Amir Hamzah dilantik menerajui KWSP pada 1 Mac 2021.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) daripada Universiti Syracuse, New York itu juga pernah menjadi Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kerjaya Datuk Seri Amir Hamzah bermula apabila beliau menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat antaranya MISC Berhad, PETRONAS Dagangan Berhad, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Berhad dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

BBerkaitan

Latest articles