Aminuddin Dilantik Sebagai MB NS Kali Kedua

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melantik Adun Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan untuk penggal kedua.

Majlis angkat sumpah diadakan hari ini di Istana Seri Menanti Kuala Pilah.

Untuk rekod PRN yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mengekalkan pentadbiran di Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti dua pertiga.

Kerjasama PH-BN menang 31 daripada 36 kerusi dipertandingkan dengan DAP menyapu bersih semua 11 kerusi ditandingi, iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Lukut dan Repah.

PKR pula menang lima kerusi, iaitu Sikamat, Pilah, Sri Tanjung, Ampangan, Chuah, namun hilang Labu manakala Amanah yang bertanding di DUN Klawang dan Paroi hanya mampu mempertahankan kerusi Klawang.

BN mengekalkan kedudukan di 14 daripada 17 kerusi ditandingi, termasuk mempertahankan DUN Lenggeng, iaitu kerusi dimenangi Amanah pada PRU14.

Perikatan Nasional (PN) pula menang di Labu, Paroi, Bagan Pinang, Gemas dan Serting.

BBerkaitan

Latest articles