Amerika Syarikat Serah 2 Rakyat Malaysia Ditahan Di Kem Teluk Guantanamo

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua warga Malaysia yang ditahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Malaysia telah menerima individu berkenaan iaitu Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin, yang ditahan sejak 2006, iaitu kira-kira 18 tahun.

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas prinsip hak asasi manusia dan dokongan keadilan sejagat.

“Kerajaan sudah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.

“Kementerian Dalam Negeri merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terbabut dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua rakya Malaysia ini,” katanya.

Mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS sebelum dipindahkan ke kem tahanan, Teluk Guantanamo, pada 2006.

Mohammed Nazir dan Mohammed Farik yang berdepan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta pada Ogos 2003.

BBerkaitan

Latest articles