Amanah Tolak Pandangan Nurul Izzah Bahawa PH Kalah PRU15, PRU16

KUALA LUMPUR: Presiden Amanah, Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak berpeluang untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan ke-16.

Dakwa Mohamad, sesiapa sahaja ahli dalam gabungan PH boleh mengeluarkan pandangan namun pemimpinnya akan mengeluarkan kenyataannya sendiri.

“Ahli-ahli dalam Pakatan Harapan bebas untuk mengeluarkan pandangan. Tapi Pakatan Harapan dari semasa ke semasa akan mengeluarkan kenyataan. Kita bertanding bersama dengan gabungan untuk mengambil alih pentadbiran.

“Seperti disebut dalam kenyataan kita tidak boleh izinkan BN untuk kembali memerintah,” kata Mohamad dalam sidang akhbar selepas mesyuarat kepimpinan Amanah petang semalam.

Terdahulu, Nurul Izzah menerusi temubual sebuah akhbar meramalkan PH tewas pada dua lagi pusingan PRU sebelum menguasai Putrajaya.

Ujarnya PH perlu memgambil masa melakukan dengan jayanya perbezaan produk kerana rakyat, masih trauma dengan apa yang berlaku semasa PH menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Menurut Nurul Izzah, punca dirinya tidak yakin PH akan kembali berkuasa selepas PRU15 akan datang adalah kerana dasar dan kegagalan mereka menunaikan manifesto PRU14 selepas menjadi kerajaan.

Dalam pada itu Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, PH perlu mengeluarkan mesej yang positif kepada pengundi untuk memenangi PRU-15.

Katanya, parti-parti dalam PH boleh bersatu untuk menentang BN adalah merupakan satu mesej positif yang boleh mengalakkan rakyat untuk keluar mengundi sekali gus memastikan kemenangan PH.

“Kalau kita nak gerakkan pengundi untuk keluar mengundi kita mesti menzahirkan satu mesej kita menang. Dan inilah cara paling berkesan untuk menjamin untuk lebih ramai keluar mengundi.

“Maka mesej yang positif bahawa Amanah dan PH dan parti pembangkang boleh bersatu hadapi BN dan boleh menang adalah satu mesej yang positif yang boleh kita sampaikan,” katanya.

Amanah berpandangan penyertaan parti itu dalam pilihan raya adalah untuk membentuk sebuah kerajaan bersih rasuah dan bersifat berkebajikan.

BBerkaitan

Latest articles