Amanah ‘Buka Pintu’ Untuk Syed Saddiq

Parti Amanah Negara (Amanah) mempelawa bekas ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai parti itu untuk membawa perjuangan negara yang baik pada masa hadapan.

Mahkamah Tolak Tuntutan Keahlian, Jawatan Tun M Dan 5 Yang Lain Dalam Bersatu

Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata penyertaan bekas menteri belia dan sukan itu bakal meneruskan kerjasama yang sedia ada, sejak mereka bergabung di dalam Pakatan Harapan (PH) dan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Amanah bukanlah asing bagi Syed Saddiq dan rakan-rakan Armada. Sejak menghadapi PRU14 sehingga ke hari ini, Amanah terus bekerjasama dengan kumpulan Bersatu pro Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk Syed Saddiq sendiri.

“Pemuda Amanah optimis bahawa penyertaan ini bakal merancakkan lagi dinamiknya gerakan anak muda dalam arena politik tanah air,” katanya.

Pelawaan itu disuarakan sejak Syed Saddiq dipecat daripada Bersatu pada 28 Mei lalu, kerana memilih berada di blok pembangkang pada sidang Dewan Rakyat, pada 18 Mei.

Turut dipecat adalah bekas pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad; Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Datuk Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik.

Kelima-lima mereka, termasuk bekas setiausaha agung Bersatu, Marzuki Yahya bertindak memfailkan saman untuk mencabar keputusan parti, dengan alasan keputusan pemecatan yang ditandatangi Setiausaha Kerja, Muhammad Suhaimi Yahya tidak diiktiraf oleh perlembagaan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,868FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini