Amanah Akui Wujud Jurang Dengan BN Di Peringkat Akar Umbi

KUALA LUMPUR: Biarpun hubungan di peringkat pusat berjalan baik, namun di peringkat akar umbi Amanah dan Barisan Nasional (BN), keadaannya masih tidak memberansangkan.

Hal itu diakui oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Seri Mujahid Yusof Rawa mahu kedua-dua bekas lawan politik ini terus diberikan masa untuk bekerjasama dan berhubungan mesra.

“Memang terdapat sedikit jurang dilihat di peringkat akar umbi namun kita di peringkat atasan mempunyai hubungan baik.

“Jadi, kita perlu beri ruang dan masa (peringkat kar umbi) supaya mereka mendapat keserasian,” katanya di sidang media selepas menyempurnakan perasmian Konvensyen Amanah Perak Kali Kelapan di hotel Tower Regency, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang; Bendahari DAP Perak, Howard Lee Chuan How dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Sementara itu, Mujahid berkata, satu konvensyen akan diadakan pada 28 Disember ini melibatkan keseluruhan jentera Kerajaan Perpaduan namun lokasinya masih belum ditetapkan.

“Majlis konvensyen itu akan diadakan pada 28 Disember ini bersama seluruh jentera perpaduan, BN, PH dan ia akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat,” ujar Pengerusi PH Perak.

BBerkaitan

Latest articles