Along Cham Sahkan Lafaz Cerai Taklik Terhadap Isterinya Hari Ini

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Along Cham yang baru sahaja lepas tanpa bebas (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis mengejutkan ramai apabila mengesahkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, pagi ini.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dijangka memfailkan pengesahan cerai taklik terhadap Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya pada jam 11 pagi ini.

Ketika dihubungi BH Online, Along mengesahkannya, namun enggan mengulas lanjut.

“Saya tiada komen, tapi saya bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik, hari ini. “Kita tunggu episod seterusnya,” katanya ringkas.

Semalam Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Along didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.

BBerkaitan

Latest articles