Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Khalwat

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat yang dilakukan pada Mac lalu.

Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di sini.

Manakala pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

“Kes ini telah disebut pada 20 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, tiada sebarang pengakuan dan tangguhan juga sudah dibuat serta dilepaskan dengan bon jaminan RM1,500 dan seorang penjamin,” kata Masroha ketika dalam dewan bicara.

Pertuduhan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya iika sabit kesalahan.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata aktres berusia 31 tahun itu.

Dalam pada itu kedua-dua mereka diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Kes akan disebut semula pada 12 Oktober depan dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dikekalkan.

Pada 9 Mac lalu, Aliff yang ketika itu berstatus suami orang dan Ruhainies yang masih bujang ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Tangkapan dibuat JAWI adalah berdasarkan maklumat awam ketika asangan selebriti yang sibuk menjalani penggambaran drama itu dan ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Pada 20 Jun lalu, mereka hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.

Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing tampil memberi penjelasan menerusi hantaran Instagram (IG) berhubung kontroversi tercetus.

Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

BBerkaitan

Latest articles