Al-Quran Dibakar: Biar Polis Siasat

KLUANG: Susulan penemuan Al-Quran dengan kesan dibakar di jambatan Tasik Taman Seri Impian, semalam, pihak polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, polis kini giat menjalankan siasatan kes itu dari pelbagai sudut.

Memetik kenyataan, beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya melaporkan kepada polis bagi memudahkan siasatan.

“Polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan kejadian itu ketika bersenam di kawasan tasik berkenaan.

“Wanita berkenaan terjumpa senaskhah al-Quran yang dibakar dan hanya tinggal cebisan kertas dan ayat saja.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan kes ini,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini