Al Jazeera Reka Cerita, Frontliners Malaysia Rawat Sesiapa Sahaja Termasuk PATI. Adakah Ini Zalim?

Memperjudikan nyawa, mengerah keringat dan berkorban masa untuk diri sendiri dan yang tersayang – itulah harga yang perlu dibayar kesemua petugas barisan hadapan ketika Malaysia dilanda wabak Covid-19 sehingga meragut nyawa lebih 100 rakyatnya.

Tidak semua mampu menggalas tanggungjawab itu, malah tidak semudah menyempurnakan apa yang telah diharapkan.

Ketika ramai rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), petugas barisan hadapan ini atau frontliners yang terdiri daripada petugas kesihatan, pihak keselamatan seperti polis dan tentera, pengamal media, malah si tukang penghantar pesanan, tetap melaksanakan tugas masing-masing. Pengorbanan mereka tidak mengira waktu siang atau malam.

Kredit gambar Human Right Watch.

Kredit gambar Berita Harian
Kredit gambar Berita Harian

 

Setiap rakyat Malaysia perlu berbangga dan menghargai usaha mereka, apatah lagi dengan perhargaan yang diberikan kerajaan kepada pihak-pihak ini.

Meskipun Malaysia hanyalah sebuah negara kecil, namun keupayaannya untuk mengendalikan wabak berbahaya ini dipuji dan disanjung oleh negara-negara luar yang lain.

Atas asas inilah juga menyebabkan ramai pihak di Malaysia melenting dengan dokumentari stesen penyiaran antarabangsa, Al-Jazeera pada baru-baru ini yang melempar tuduhan membuta-tuli kononnya Malaysia memberi layanan buruk kepada warga asing terhadap usaha membendung penularan Covid-19.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan laporan berkenaan dan percaya ia sebagai satu cubaan untuk memburukkan reputasi negara di persada antarabangsa.

Sedangkan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama, malah yang bukan warganegara sekali pun sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memberikan khidmat yang terbaik.

Pada Mac lalu, Malaysia pernah menjadi negara pertama yang mencatatkan kes sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding semua negara di Asia Tenggara, dengan setiap negeri merekodkan pertambahan kes yang mendadak.

(Bilangan kes terawal yang direkodkan pada 18 Mac 2020. Sumber di sini)

Namun atas arahan tegas kerajaan untuk melaksanakan beberapa fasa perintah kawalan pergerakan dengan penutupan beberapa sektor ekonomi dan sosial, kejayaan mengurangkan rantaian Covid-19 di Malaysia dapat dilihat pada hari ini.

Ketika negara-negara luar mencatatkan ratusan ribu kes positif dan ribuan lagi terkorban kerana virus berbahaya ini, Malaysia boleh diangkat dengan kejayaan yang membanggakan dan luar biasa.

Tiada siapa pun pernah membayangkan keadaan negara sekritikal ini, perintah berkurung – pejabat, sekolah ditutup – tiada aktiviti sosial – tiada lagi kerancakan aktiviti seharian – kesemuanya menjadi kekangan.

Kredit gambar Berita Harian

Kredit gambar The Straits Times.

 Namun itulah harga yang perlu dibayar untuk kita mengecapi tahap ‘selesa’ seperti hari ini.

Meskipun tanpa pengalaman, mungkin kelengkapan yang kurang mencukupi atau halangan dari sudut kemahiran dan keperluan dan terhad sumber tenaga manusia, mana mungkin kejayaan boleh dicapai tanpa penggemblengan usaha semua pihak.

Penghargaan terhadap jasa frontliners dizahirkan masyarakat Malaysia dalam pelbagai bentuk. Ada yang membantu menyediakan kelengkapan mereka seperti pakaian PPE, menghantar bekalan makanan ketika bertugas dan kelengkapan yang lain, termasuk sumbangan kepada petugas dan waris yang maut kerana wabak ini.

Platform media sosial sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia menyatakan penghargaan kepada petugas barisan hadapan. Di Facebook, misalnya, ramai yang meninggalkan komen yang positif dan membina apabila foto-foto ketika frontliners sedang bertugas dimuatnaik.

 

 

Malah yang paling menarik, ramai rakyat kita sanggup berbelanja untuk membeli jersey ‘Thank You Frontliners’ demi menzahirkan rasa terima kasih kepada pengorbanan mereka.

Facebook Pages ‘Friends of PDRM’ misalnya antara pihak yang giat menjual t-shirt penghargaan kepada frontliners dan mendapat sambutan yang luar biasa.

(Untuk pembelian jersi ‘Thank You Frontliners’ boleh Whatsapp di sini).

Percaya atau tidak, rata-rata penghargaan kepada frontliners di Malaysia sukar dilihat di negara-negara luar. Di Australia misalnya, ketidakupayaan petugas barisan hadapan mereka mengundang rasa tidak puas di kalangan rakyatnya malah lebih teruk lagi apabila mereka yang sedang berusaha menyelamatkan nyawa berdepan dengan layanan buruk.

Situasi ini dikongsikan oleh rakyat Malaysia yang berada di negara itu dan melihat sendiri perbezaan layanan terhadap frontliners di Malaysia dan Australia.

 

Bukan itu sahaja, jika di kaca televisyen dan corong radio, kita dapat melihat dan mendengar dendangan Dayang Nurfaizah yang bertajuk ‘Di Pagi Raya’ yang digubah khas kepada golongan itu yang terpaksa bergelut demi tugasan dan dalam masa sama sedang bertungkus-lumut menyelamatkan nyawa pesakit.

Begitu juga gabungan suara 26 penyanyi tempatan seperti Noh Salleh, Faizal Tahir, Najwa dan Dayang Nurfaizah melalui lagu bertajuk ‘Sentiasa Di Sini’.

Malah ada juga sekelompok mereka yang berjiwa seni dan kreatif menzahirkan tanda terima kasih menerusi lukisan mural di dinding bangunan.

Sehingga kini Malaysia menjadi antara negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa atas kejayaannya menangani penularan Covid-19.

Covid-19: Usaha Malaysia kekang wabak dapat pengiktirafan dunia

 Malaysia terbaik di dunia urus pandemik Covid-19

Dunia iktiraf peranan ‘frontliners’ Malaysia perangi Covid-19

WHO puji Malaysia tangani Covid-19

Pengiktirafan dunia bukti Malaysia di laluan tepat

‘Kecil-kecil cili api’ – mungkin itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan Malaysia, sebuah negara kecil yang nyata mempunyai keupayaan tersendiri dalam menangani masalah kesihatan dunia yang mula melanda sejak Februari lalu.

Hargailah jasa frontliners kita, tanpa mereka, mustahil kita semua mampu mencapai tahap membanggakan seperti hari ini. Terima kasih frontliners!

 

 

 

 

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ada Pegawai, Anggota Polis Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengesahkan pihaknya menerima maklumat ada di kalangan pegawai dan...

Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum...

Guna saluran tepat lapor kegiatan jenayah – Hamzah

SUNGAI BULOH, 10 Ogos  -- Orang awam disaran menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam, kata Menteri...

Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi 'dacing' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri...

Anifah Gesa Musa Beri Laluan Kepada Muka Baru

Meskipun mengakui sumbangannya sepanjang menjadi ketua menteri Sabah, namun Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berpendapat sudah tiba masa untuk abangnya,...