Al-Azhar Gesa Negara Islam Dan Arab Boikot Produk Belanda Dan Sweden

Al-Azhar Al-Sharif menggesa negara-negara Islam dan Arab memboikot semua produk buatan Belanda dan Sweden susulan tindakan provokasi terhadap kitab suci al-Quran.

Menerusi satu kenyataan, mereka menyeru semua umat Islam dan masyarakat Arab memboikot produk kedua-dua negara itu sekali gus berpendirian teguh dalam mengangkat kitab suci umat Islam, al-Quran.

Ia juga dianggap sebagai satu tindak balas yang wajar terhadap kerajaan negara berkenaan yang telah menyinggung perasaan 1.5 bilion umat Islam seluruh dunia.

Kenyataan itu menyebut, “They have gone to excess in guarding the mean and barbaric crimes perpetrated under the specious inhumane and immoral banner or their so-called “freedom of expression.”

Tegas Al-Azhar, “They should better call it the dictatorship of chaos and evil manners and highhandedness against civilized nations clinging to Allah and the guidance of heaven.”

Dalam pada itu, mereka menekankan keperluan untuk mematuhi boikot ini dan mendidik kanak-kanak, belia dan wanita mengenainya. Ujar mereka, keengganan berbuat sedemikian adalah kegagalan untuk menyokong agama.

Menurut Al-Azhar, pelampau itu tidak akan pernah menghargai nilai agama melainkan mereka menghadapi keperluan dari segi kewangan, ekonomi dan material yang mencabar.

Merujuk pada Surah Ar-Rum, ayat 7, mereka turut berkata, “True are the Qur’anic words that read, “They know what is apparent of the worldly life, but they, of the Hereafter, are unaware.”

BBerkaitan

Latest articles