Akur Keputusan Parti, Bincang Secara Tertutup – Pemimpin Umno

Beberapa pemimpin Umno memberikan reaksi kepada bantahan sekumpulan pemimpin Umno Sabah terhadap pelantikan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sebagai Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bulan hadapan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa pihak berkenaan menolak kepentingan diri dan agenda politik supaya parti terus bergerak ke hadapan.

“Dalam isu PRN Sabah, Presiden sudah membuat kenyataan yang mengumumkan Bung Moktar sebagai ketua jentera PRN Sabah.

“Keputusan Presiden adalah keputusan parti dan saya harap ahli mengenepikan agenda sendiri, mengenepikan kepentingan diri kerana yang bertanding bukan individu tetapi parti.

“Saya berharap apabila Presiden mengumumkan keputusan parti, akurlah keputusan parti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2020 di Sri Pentas di sini, hari ini.

Untuk rekod, Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersama beberapa lagi ketua bahagian di Sabah membuat sidang media pada malam tadi mempersoalkan pelantikan Bung Mokhtar untuk mengetuai jentera BN bagi PRN Sabah.

Mereka mendakwa tindakan itu sebagai ‘membunuh diri’ dan merugikan Umno, apatah lagi ketika Ahli Parlimen Kinabatangan itu sedang berdepan dengan beberapa pertuduhan mahkamah.

Abdul Rahman berkata pemilihan Bung Mokhtar akan menyukarkan Umno memperolehi undi dari akar umbi yang mempersoalkan kredibilitinya.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa pemimpin Umno Sabah untuk tidak membawa masalah dalaman parti ke pengetahuan pihak luar, memandangkan tempoh PRN Sabah yang sudah semakin hampir.

“Saya hargai Rahman ada pandangannya sendiri tetapi kita hanya tinggal sebulan sebelum pilihan raya, jadi ada banyak perkara perlu dilakukan dari segi pembahagian kerusi dengan parti dalam gabungan.

“Lebih baik kita selesaikan masalah berhubung Umno secara tertutup.

“Saya yakin kita akan capai kata sepakat yang diterima semua pihak,” kata Khairy menerusi sidang media hari ini.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini