Akui Tak Puas Hati, King Sing Arah Video Promosi TMM2026 Dibuat Semula

KUALA LUMPUR: Selepas menerima kecaman dari beberapa pihak berkenaan video montaj Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui bahawa dirinya juga tidak berpuas hati dengan hasil video berkenaan.

Sehubungan itu beliau telah mengarahkan video promosi yang sama dibuat semula dengan merangkumi pelbagai aspek keindahan budaya, kaum dan agama, serta tarikan di setiap negeri.

“Tadi saya sudah tengok (video promosi itu) pasal ia ada lompat-lompat, sekejap Pahang, sekejap Perak, sekejap Selangor, sekejap Sabah, sekejap balik lagi Pahang. Lompat sini, lompat sana. Kalau Pahang terus promosi Pahang. Jangan lompat sini, lompat sana.

“Kalau kita buat sebegitu, nanti pelancong-pelancong di luar negara keliru. Jadi, kita mahu promosi itu serius,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Wilayah Tengah 2025.

King Sing, dalam masa yang sama menegaskan video montaj yang menjadi kontroversi sejak semalam itu belum rasmi bagi tujuan promosi akan datang.

“Baru-baru ini, kita cuma rasmi logo sahaja, (rasmi) video promosi Tahun Melawat Malaysia, itu tidak boleh dijadikan untuk tujuan itu (promosi TMM),” katanya lagi.

Pelbagai pihak mengkritik video montaj TMM2026 sejak semalam, termasuk dari pembangkang apabula mendakwa tiada elemen masjid dipaparkan, dan mengandungi beberapa rumah ibadat bagi agama lain.

King Sing dalam masa yang sama menggesa semua pihak tidak sengaja mencetuskan polemic kaum dan agama di sebalik video montaj berkenaan.

“Jangan politikkan semua perkara. Ia akan mengelirukan dan beri tekanan kepada masyarakat kita. Jangan buat begitu, sama ada media atau daripada sosial media ataupun mana-mana (pihak),” tambah beliau.

BBerkaitan

Latest articles