More

    ‘Akui Sajalah Kelemahan Warisan’, Gesa Bekas KM Sabah

    Warisan perlu berhenti menuding jari dan meletakkan kesalahan berkenaan kelemahan pentadbiran mereka terhadap pihak lain, demikian menurut bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee.

    Rakyat Sabah Terus Ketinggalan Di Bawah Pentadbiran Shafie, Kata Najib

    Malah beliau turut menggesa Naib Presiden Warisan, Darell Leiking mengakui kelemahan dasar dan kekurangan hala tuju Warisan yang menjadi kerajaan negeri sejak menang pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018 yang lalu.

    “Penurunan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang drastik bagi Sabah kepada 1.5% pada 2018 bukan hanya disebabkan penurunan harga komoditi.

    “Juga penting dan signifikan terdapat perubahan drastik yang merosakkan keyakinan perniagaan dan kerajaan negeri dipimpin Warisan kerana sewenang-wenangnya menekan perniagaan, sementara kerajaan persekutuan ketika itu, Pakatan Harapan membekukan pelaksanaan projek pembangunan baru,” katanya dalam satu kenyataan.

    Malah kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian berbilion ringgit akibat tersilap memberi isyarat kepada pelabur, selain kesan besar yang terpaksa ditanggung perusahaan kecil dan sederhana.

    “Kerajaan negeri dipimpin Warisan dan PH sepatutnya dapat mengatasi masalah berkenaan menerusi Belanjawan nasional dan negeri 2019, tetapi gagal melakukannya.

    “Kerajaan seringkali memberikan alasan dangkal, iaitu tidak mempunyai wang, yang kita semua tahu sekarang itu tidak benar. Perbendaharaan Sabah menunjukkan terdapat rizab RM4 bilion pada 2018, ke mana perginya RM4 bilion ini?

    “Memang pada 2017 Sabah mempunyai pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia, bahkan melebihi purata nasional, iaitu 5.9% sehingga berjaya mengurangkan jurang antara wilayah.

    “Leiking bagaimanapun menyatakan dengan bangga setelah hanya berkuasa selama 26 bulan, pencapaian kerajaan pimpinan Warisan adalah pelaburan lebih tinggi dalam sektor pembuatan, pelancongan yang pesat, peningkatan eksport minyak sawit dan sektor pembinaan lebih aktif.

    “Semua yang dilakukan partinya, Warisan digelar sebagai ‘kerajaan pengumuman’ kerana gagal menunjukkan apa-apa dan (Ketua Menteri Sabah) Shafie Apdal sering membanggakan jawatannya yang lama sebagai menteri persekutuan di pelbagai kementerian, tetapi apa yang telah dia lakukan untuk Sabah dalam tempoh tersebut?” soalnya.

    Respon itu menyusul selepas Leiking mengkritik ulasan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan ekonomi Sabah semakin ke belakang selepas negeri diambil alih Warisan dan diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    Leiking bagaimanapun berkata tempoh 26 bulan pentadbiran Warisan di Sabah masih terlalu singkat untuk Najib memberi ulasan sedemikian.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini