Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan ke atas sebuah akaun TikTok yang menggunakan nama @jenarmalaya kerana ia jelas sesat dan memesongkan kefahaman dan menyesatkan akidah umat Islam di negara ini.
Seorang lelaki tua di dalam video di akaun berkenaan dalam percakapannya menerangkan bahawa tiada wujudnya Sangkakala seperti yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadis.
“Dan ditiuplah sangkakala, maknanya satu tiupan, nak faham tiupan ini adaka bunyi macam Ahmad Nawab tiup tu ke, pakai saxophone, bukan.
“Tiupan di sini adalah sesiapa yang datang beri nasihat dan beri pandangan, orang yang tak suka nasihat ini diibaratkan nasihat bagai tiupan, orang yang suka pun bagaikan tiupan juga tetapi mereka boleh menerima cara tenang.
@jenarmalaya sangkakala bukan trompet ya 🤭. video ni ada 2 part.. part 2 esok pg sy post.. stay tuned.. #Tauhid #UstazMatIsa ♬ original sound – Jenar Malaya
“Maka mereka tiba-tiba dengan segera keluar dari kuburnya, apabila dinasihat mereka duduk dalam gelap, dalam tidak faham, ertinya dalam kubur, bukan kubur, ada satu lagi kubur yang semua manusia lalu, kubur macam itu (liang lahad) ada yang tak lalu,” katanya.
Saat Allah membangkitkan hambanya dari kubur juga dinafikan oleh lelaki itu malah menyatakan kubur yang dikatakan di dalam Al-Quran ialah kegelapan dan kebodohan bukannya liang lahad seperti yang difahami oleh orang Islam di negara ini.
Dia juga menyatakan bahawa Padang Mahsyar iaitu tempat semua benda yang bernyawa dihimpunkan selepas semua makhluk bernyawa dibangkitkan semula adalah tidak benar dan ia sebenarnya adalah di dunia dan tidak wujud tempat berhimpun seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran dan Hadis.
@jenarmalaya Di manakah Padang Mahsyar? #Tauhid #UstazMatIsa ♬ original sound – jenarmalaya – Jenar Malaya
Dia yang dikenali sebagai Mat Isa mendakwa juga Hari Kebangkitan selepas mati tidak wujud sebaliknya semua urusan akan selesai di dunia ini.
Sehingga artikel ini ditulis, akaun berkenaan ada lebih 21,800 pengikut dan menerima lebih 142,400 Likes.
Video terbaharu yang dimuatnaik mendakwa bahawa perjanjian roh dengan Allah di alam roh tidak wujud.
Setiap videonya menerima lebih dari 5,000 tontonan dan ada komen didapati menerima dan mempercayai apa yang dikatakan oleh lelaki berkenaan.
Kebanyakan video juga ditutup ruangan komen apabila ada komen yang mempersoal dan menegur lelaki ini berkaitan apa yang disampaikan.
Perbuatan ini amat berbahaya dan ia dilihat boleh menyesatkan umat Islam dengan dakwaan yang amat bertentangan dari apa yang diterangkan dalam Al-Quran dah Hadis.