KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan pihaknya telah membekukan akaun-akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ia bertujuan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram, dipercayai berkaitan siasatan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan COVID-19.
Azam memaklumkan siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Pengesahan SPRM menyusul selepas parti terbabit mendedahkan akaun mereka untuk tahun 2020 dan 2021.
Malah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman turut mengesahkan perkara yang sama.
Semalam, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad menyiarkan penyata akaun Bersatu bagi tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit dan menyeru Parti Keadilan Rakyat dan DAP melakukan perkara sama.
Namun, sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassinmenafikan dakwaan berlakunya penyelewengan dana RM92.5 bilion ketika pentadbirannya.