Airbus menyokong usaha pembangunan Kedaulatan Ruang Angkasa Malaysia

Langkawi, Airbus melihat potensi besar dalam sektor Ruang Angkasa Malaysia dan bersedia untuk terus menyumbang kepada perjuangan pembangunan kedaulatan Ruang Angkasa negara.

Ketua Asia-Pasifik untuk Pertahanan dan Ruang Angkasa Airbus, Johan Pelissier berkata syarikatnya memberi penekanan terhadap kepentingan untuk memperkukuhkan keupayaan dan kapasiti negara dalam bidang yang akan mempertingkatkan daya tahan infrastruktur kritikal, dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Airbus telah membantu pelbagai negara dan syarikat menangani dan memenuhi aspirasi ruang angkasa mereka selama lebih lima dekad, dan kami bersedia untuk menjalin usahasama yang lebih mendalam dengan Malaysia untuk mencapai matlamat Dasar Angkasa Negara 2030.”

Airbus telah menyokong pembangunan industri Ruang Angkasa negara sejak 1998 lagi, bermula dengan usaha pengimejan Ruang Angkasa. Pada tahun 2014, syarikat telah menghantar MEASAT-3b, satelit terbesar yang pernah dipesan oleh sektor komunikasi di Malaysia. Lima tahun kemudian,

Airbus telah dilantik untuk membangunkan MEASAT-3d, satelit telekomunikasi pelbagai misi baharu untuk tujuan penggantian kapasiti dan memperkembangkan teras perniagaan MEASAT di Malaysia, Asia, Timur Tengah dan Afrika. Satelit ini telah dilancarkan dengan jayanya pada bulan Jun 2022 katanya dalam satu kenyataan.

Katanya Airbus amat berbangga kerana terlibat secara langsung dalam usaha pembangunan dan produksi dua buah satelit telekomunikasi yang kritikal untuk Malaysia.”

“Selain dari satelit komunikasi, Airbus juga menjalin usahasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) selama lebih 25 tahun, untuk membangunkan keupayaan penerimaan imej satelit. Pada masa kini MYSA menerima imej daripada serakan pelbagai jenis satelit, optikal mahupun radar, yang membantu Malaysia untuk membuat pemantauan siang dan malam, dan mengoptimumkan sumber asli negara.”

Tambah Johan Pelisseier lagi Airbus dan MYSA merupakan kolaborator rapat dalam bidang pengimejan satelit Ruang Angkasa, sistem dan perkhidmatan berkaitan. MYSA sejak bertahun-tahun telah mempertingkatkan kapasiti Ruang Angkasa melalui serakan pelbagai satelit pengimejan milik Airbus, yang menjana data bagi menyokong inisiatif pembangunan dan kemampanan negara.

Hari ini, MYSA merupakan rakan usahasama rangkaian Stesen Penerimaan Data Satelit yang utuh di rantau ini. Agensi angkasa nasional ini juga merupakan penerima Program Kerjasama Industri mengenai Sistem Ruang Angkasa termasuk terminal TerraSAR-X dan Kilang Pixel.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di Rantau Asia Tenggara yang memiliki infrastruktur dan kapasiti untuk menerima telemetri SPOT, Pléiades dan TerraSAR-x katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles