Ahmad Zahid Tolak Dakwaan Ismail Sabri Kononnya UMNO Kini Dilanyak

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mana-mana pihak boleh memberikan pandangan berkenaan parti itu, dan terserah kepada ahli-ahli parti dan rakyat secara keseluruhannya untuk menilai.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid menafikan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa parti itu dilanyak seperti pembangkang dan diketepikan.

Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya menyifatkan dakwaan Ismail Sabri hanyalah pendapat beliau.

“Itu pendapat dia, selalunya begitulah bila seseorang atau mana tokoh yang telah meninggalkan jawatan berpuluh tahun atau 5 tahun, 9 tahun atau 22 bulan, 17 bulan atau lebih 14 bulan, mereka merasakan bahawa kepimpinan yang diterajui mereka adalah terbaik dan selepas itu semua tak baik.

“Jadi Kita serahkan kepada masyarakat terutamanya ahli-ahli (UMNO) untuk menilai sendiri pandangan yang boleh menyanggah atau bersetuju dengan kenyataan itu,” katanya dalam sidang media sempena perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bulan Februari di Dewan Seri Lestari.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas wawancara khas Mingguan Malaysia yang bertajuk Kita ‘dilanyak’ macam pembangkang’ pada Ahad lalu.

Dalam laporan itu, Ismail Sabri mendedahkan dirinya ditekan kepimpinan UMNO sendiri seolah-olah beliau bukan menteri daripada UMNO.

“Orang nampak saya macam bukan pemimpin dalam UMNO. Hari ini apa yang hendak dibanggakan sangat? Hanya satu Timbalan Perdana Menteri campur lima menteri lain. Ada yang kata inilah satu pencapaian besar kepada kita (UMNO).

“Sedangkan saya, 14 menteri BN termasuk PM. Dan hari ini, tiada siapa yang komen tentang kerajaan. Dulu saya dalam UMNO pun dikritik secara teruk.

“Tetapi hari ini pemimpin parti lain disanjung. Walaupun kita dalam parti sama, kita ‘dilanyak’ seperti kita dalam pembangkang.

“Sekarang kalau kita perhatikan, ada yang ‘lambung’ sehingga perkara tidak munasabah yang dilakukan kerajaan sekarang pun kadang-kadang dipertahankan,” memetik laporan akhbar itu.

Dalam laporan itu, Ismail Sabri turut berkata beliau amat kecewa dengan partinya namun tidak mahu menunjukkan kekecewaannya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,868FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini