Ahmad Zahid Respon PAS Sebagai Gila Talak

KUALA LUMPUR: UMNO menyifatkan PAS sebagai gila talak selepas parti itu mendakwa ia bersedia untuk kembali bekerjasama politik.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO telah nekad untuk tidak akan kembali berkerjasama dengan parti berkenaan.

“Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu, alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang.

“Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ sekali lagi kepada UMNO yang menyebabkan UMNO tidak langsung mahu membuka jalan.

“Setakat ini Allah belum buka lagi hati kami menjalin semula kerjasama politik dengan mereka. Kami harap mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkah,” katanya ketika sidang media di Bangunan Perdana Putra.

Hari ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa parti itu tidak menolak kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Bersatu.

Kenyataannya itu sebagai respon daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi Perdana Menteri jika PN berjaya memujuk UMNO bermuafakat semula sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) .

UMNO dan PAS pernah menjalinkan kerajasama selepas PRU-14 yanh lalu menerusi Muafakat Nasional (MN).

BBerkaitan

Latest articles