Ahmad Zahid Rai Perbezaan Pendapat, Sedia Untuk Reset UMNO

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyantuni perbezaan pendapat terutama dalam kalangan mereka yang berminat untuk bersama-sama dengan kepimpinan atau melakukan reset kepada parti. 

“Yang penting reset ini boleh dilakukan bersama-sama dan tidak penting bagi kita untuk melayani perbedaan yang akhirnya mewujudkan kabilah-kabilah yang berbeza.

“Saya mempunyai pendirian dan keyakinan adalah lebih kita bersama untuk kita melakukan perubahan yang drastik (jika ada) dengan segera,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Gerai KKDW & Lawatan ke gerai Jualan PAU, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas mengenai satu poster yang tular di laman media sosial sejak Rabu yang memaparkan lapan pemimpin UMNO yang kononnya sebagai kumpulan yang akan mencabar kepimpinan beliau pada pemilihan parti. 

Poster berkenaan antara lain menamakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Ghani sebagai calon Presiden UMNO, manakala Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Presiden. 

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan menggariskan hala tuju baharu UMNO yang menjadi tulang belakang kepada BN untuk menghadapi PRU, PRN dan lain-lain gerakan massa.

Ujar beliau, hala tuju itu akan diumumkan beliau dalam ucapan dasar sempena PAU 2022, pada Jumaat ini. 

BBerkaitan

Latest articles