Ahmad Zahid Pun Kena Taubat 48 Kali, Sindir Sanusi

KUALA LUMPUR: Tidak lama selepas disuruh taubat nasuha, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut menyindir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan taubat nasuha sebanyak 48 kali.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) turut menggesa Ahmad Zahid untuk terus bersara daripada politik.

“Saya bersetuju dan berterima kasih di atas nasihat supaya bertaubat nasuha yang sememangnya dianjurkan kepada mana-mana orang yang menyesali dosa yang telah dilakukan.

“Saya juga ingin menasihatkan beliau (Ahmad Zahid) bertaubat nasuha 48 kali dan meninggalkan arena politik tanahair dia atas kerosakan yang dibawa oleh beliau kepada rakyat negara ini,” kata Muhammad Sanusi.

Dipercayai jumlah taubat sebanyak 48 kali itu merujuk kepada jumlah pertuduhan rasuah dan salah laku yang sedang dihadapi Presiden UMNO itu.

Terdahulu, hari ini Ahmad Zahid berkata, fakta BN dan Pakatan Harapan (PH) dititah untuk menghadap Yang di-Dipertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum (ke-15) bagi membentuk kerajaan adalah tidak dapat disangkal lagi.

Sehubungan itu Ahmad Zahid menggesa supaya Muhammad Sanusi supaya melakukan taubat nasuha, selain mengingatkan menggunakan kempen politik yang bersih, tidak bercakap kosong dan melawak semata-mata.

BBerkaitan

Latest articles