Ahmad Zahid Perlu Keluar Dari Sindrom Penafian, Isham Tegas Protes, Enggan Hadir Mesyuarat MKT

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil menegaskan beliau tidak akan hadir ke mesyuarat parti malam ini, sebagai tindakan protes terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pendirian itu diambil setelah Presiden UMNO itu beterusan dengan kerjasama dengan DAP.

“Saya akan protes dan tidak akan hadir mesyuarat yang dia pengerusikan dan dia veto keputusannya.

“Ini penggal kedua saya dalam Majlis Tertinggi, saya sudah boleh baca apa yang dia akan buat dalam mesyuarat. Buat apa saya ikut kemahuan dia (Zahid) dan datang tadah muka di lubuknya.

“Kalau dia ikhlas, mungkin presiden boleh tunaikan cabarannya untuk berdebat dengan saya sebelum ini, di gelanggang yang neutral. Kalau dia berani,” demikian menurut beliau.

Terdahulu Ahmad Zahid mencabar Isham untuk hadir ke mesyuarat MKT malam ini bagi menyuarakan sendiri pandangan mengenai kekalahan UMNO pada PRK Parlimen Kemaman baru-baru ini, selain bantahannya terhadap kerajsama UMNO-Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).

Dalam masa yang sama, Isham mahu Ahmad Zahid sedar bahawa parti itu semakin ditolak oleh orang Melayu selepas UMNO mengambil pendirian bersama DAP.

Selain itu Isham menggesa Ahmad Zahid tidak terbawa-bawa dengan sindrom penafian terhadap penerimaan ahli-ahli parti.

“Jika keadaan ini berterusan, UMNO akan hancur dalam beberapa tahun lagi oleh kerana keputusan ini. UMNO ini adalah parti keramat yang memperjuangkan orang-orang Melayu di Malaysia selama ini.

“Usahlah kerana kepentingan diri seluruh parti hancur lebur dibuatnya. Jika Datuk Seri letak jawatan, saya pun akan letak jawatan. Kita sama-sama berkorban asalkan parti keramat ini dapat diselamatkan selagi ada masa,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles