Ahmad Zahid Nafi Surat Peletakan Jawatan

KUALA LUMPUR: “Palsu” – demikian jawapan ringkas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap satu surat yang tular memaklumkan dirinya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

Terdahulu surat yang berlegar di media sosial ketika ini menyatakan satu mesyuarat tergempar telah diadakan malam tadi dengan dihadiri pemimpin utama setiap parti gabungan BN dan juga pemimpin tertinggi BN.

“Beberapa keputusan juga telah dicapai untuk menentukan gabugnan mana yang akan disokongan BN, sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) pada esok (hari ini).

“Saya juga dengan berat hari ini meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar BN pada PRU15 yang lalu,” demikian memetik kandungan surat itu.

Dalam surat berkenaan, Ahmad Zahid kononnya melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pemangku Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO.

Keraguan kesahihan surat itu diperkatakan apabila tidak mengandungi tanda tangan Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN, kecuali tertera nama beliau dan tarikh semalam.

BBerkaitan

Latest articles