Ahmad Zahid Ketuai Jawatankuasa Kabinet Perkasa Pensijilan, Industri Halal Negara – PM Anwar

KUALA LUMPUR — Semua jabatan dan agensi berkaitan akan diselaras di bawah satu Jawatankuasa Kabinet, bagi memperkasa aspek pensijilan dan industri halal negara ke peringkat lebih kompetitif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dipertanggungjawab menyelaras sinergi antara semua pihak terbabit, bagi memanfaatkan sepenuhnya ekosistem halal negara, sekali gus mencipta peluang lebih besar dalam pasaran halal global.

“Pensijilan halal, memang kita dapat markah yang tinggi tapi saya mahu ia terus diangkat bukan sahaja dijadikan contoh oleh negara lain, termasuk dari aspek kecekapan dari segi penyelidikan bermutu serta keupayaan memberi kelulusan dengan sangat cepat dan pantas.

“Malah pemimpin dunia yang saya temui seperti China, Jepun, Korea Selatan, Vietnam dan Kemboja juga, bercakap mengenai industri halal dengan mereka memberi tumpuan kepada Malaysia…rugi besar kalau kita tidak bagi tumpuan khusus,” katanya ketika berucap merasmikan Global Halal Summit (GHaS) 2023 di sini hari ini.

Turut hadir Ahmad Zahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

— BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles