Ahmad Zahid Kata UMNO, BN Tak Seburuk Yang Disangka

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, partinya dan Barisan Nasional (BN) tidaklah seburuk seperti yang disangkakan oleh semua pihak.

Ini termasuklah apabila UMNO dijadikan bahan kecaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Malaj Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata, persepsi negatif yang sering dimainkan terhadap UMNO, BN dan juga diri beliau sebenarnya tidak menunjukkan gambaran yang sepenuhnya.

“Sebagai bukti, di bawah kepimpinan saya UMNO dan BN telah mengambil pendirian untuk memastikan keadaan negara yang stabil, sekali gus memutuskan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Bila dah kenal, dah jatuh cinta, dan tidak ada lagi persepsi negatif. Kami dalam UMNO dan BN tidaklah seburuk sepertimana yang disangkakan ramai pihak dan parti lain di luar sana.

“Kami sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa negara ini perlu diwujudkan sebagai negara yang stabil, politik yang stabil, demi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Soal itu jelas, bagaimana untuk kita maju ke hadapan, pastikan ada money in the pocket. Tiga perkara ini penting apabila kita menjaga kerajaan, maka elemen yang lain itu akan dapat diketepikan,” katanya semasa berucap di Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Perdana Menteri anjuran Persatuan Penganut Kuil Sree Maha Kaliamman, di Batu 8 Jalan Bukit Kemuning, hari ini.

Dalam ucapannya, Pengerusi BN itu juga menambah, perbezaan politik dari segi ideologi adalah sesuatu wajar diraikan, ia tidak boleh dibiarkan sehingga mengganggu gugat kestabilan dan kemakmuran negara.

Katanya, sudah tentunya apabila PM mencadangkan sekretariat khas bagi menentukan dasar parti politik yang berbeza ini untuk dihadamkan demi melihat kebersamaannya.

“Maka sekretariat Kerajaan Perpaduan dari segi parti politik dibentuk, manifesto yang dikemukakan oleh parti yang sertai Kerajaan Perpaduan Malaysia ini, telah dilihat teliti dengan sepenuhnya.

“Kita cari manifesto parti politik yang ada kesamaan dan kita lihat butiran manifesto ini untuk kita cari titik pertemuan antara satu sama lain.

“Maka perkara pertama yang dilihat dalam semua manifesto kerajaan ini daripada parti-parti politik berbeda, perkara pertama harus dilihat, harus dilaksanakan, jadi quick win, ialah menangani kos sara hidup yang menjadikan rakyat kita sengsara setiap hari.

“Atas sebab itulah Kerajaan Perpaduan pada hari ini terus memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan beban rakyat termasuk pengumuman tidak menaikkan taraf elektrik baru-baru ini, penubuhan jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan kos sara hidup,” tegasnya.

BBerkaitan

Latest articles