Ahmad Zahid Beri Jaminan Keadilan Untuk Najib Tetap Diperjuangkan

KUALA LUMPUR: Selepas timbul cakap-cakap kononnya UMNO melupakan keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak, hari ini Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa perjuangan terhadap bekas perdana menteri itu tidak akan dilupakan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, usaha parti tetap terus berjalan untuk mendapatkan keadilan di bawah Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Ketika bertemu Najib sebelum ini, perkara itu dinyatakan kepada saya supaya kita jangan terjebak dengan permainan pihak luar. Usaha parti berjalan begitu juga proses keadilan tetap dilakukan.

“Kita perlu pisahkan antara soal keadilan dan usaha dan ini tidak perlu dijelaskan kepada umum,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di kementeriannya, hari ini.

Ahmad Zahid memberikan reaksinya terhadap dakwaan ramai penyokong Najib akan memboikot Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana kecewa dengan layanan Kerajaan Perpaduan kepada bekas Presiden UMNO itu.

Bahkan suara yang sama dilontarkananak Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd. Nazifuddin yang menjangkakan ada sebilangan penyokong Najib tidak keluar mengundi atau memberikan undi kepada pihak lawan.

BBerkaitan

Latest articles