Ahli Parlimen PKR June Leow beralih sokongan kepada MUDA?

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Hulu Selangor telah bertemu dengan Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui pada Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan di Facebook MUDA Hulu Selangor, parti itu yang diketuai Ketua Parlimen Parti MUDA Hulu Selangor, Siva Prakash telah melakukan perbincangan dengan June.


“Terima kasih kepada Puan June Leow selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor atas penerimaan kunjungan hormat dari Parti MUDA Hulu Selangor.

“Rombongan Parti MUDA Hulu Selangor diketuai oleh Siva Prakash selaku Ketua Parlimen Parti MUDA Hulu Selangor dan disertai ahli jawatan kuasa MUDA Hulu Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, MUDA Hulu Selangor berkata pelbagai perbincangan isu semasa telah dikongsikan bersama dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat, khususnya untuk warga Hulu Selangor.

Sementara itu, Siva di Facebooknya berterima kasih kepada June kerana sudi menerima kunjungan parti MUDA Hulu Selangor.

“June Leow ini mesra dan peramah orangnya. Kami berharap untuk bekerjasama bersama beliau dalam program-program yang terdekat untuk mendekati setiap warga Hulu Selangor,” katanya.

Menurut Sumber PKR, pertemuan itu memberi spekulasi kemungkinan June boleh beralih sokongan ke parti lain berikutan kalah dengan Dr Sathia Prakash Nadarajan dalam jawatan Ketua Cabang PKR Hulu Selangor pada Mei lalu.

Sebelum ini di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, MUDA dan Pakatan Harapan (PH) telah bertembung antara satu sama lain di Kerusi DUN Larkin.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu kecewa dengan pertembungan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin antara PKR dan MUDA pada PRN Johor.

June merupakan penyandang ketua bahagian selama dua penggal memperolehi 1,518 undi, berbanding Dr Sathia, 1,807 undi, dengan kemenangan majoriti 289 undi. Dalam pada itu, seorang lagi calon ketua bahagian, Azizan Zakari, hanya memperoleh 146 undi.

BBerkaitan

Latest articles