Ahli Parlimen PH, PN Tamak Kerana Rebut Jawatan ADUN

MELAKA: Tindakan Datuk Seri Shamsul Iskanda Mohd Akin dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyerlah sikap tamak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Apatah lagi, kedua-duanya merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, selain Mas adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor  , Isham Jalil berkata, keadaan ini menunjukkan kedua-dua gabungan PH dan PN ketandusan pemimpin untuk mewakili rakyat.

“Dalam PH, PN ni, tidak ada orang lain ke yang layak? Tidak ada muka baru ke? BN tampilkan 86 peratus muka baru. Kita beri peluang kepada pemimpin-pemimpin baru di dalam BN dan UMNO untuk ke depan.

“Ini menjadi masalah. Jika rakyat undi mereka, bagaimana mereka hendak bahagikan masa? Mana hendak uruskan Parlimen, mana hendak uruskan DUN,” katanya kepada pemberita.

Isham berkata, BN memberi peluang kepada muka-muka baru termasuk mereka yang lebih muda untuk bertanding dalam PRN Melaka.

Sekaligus menandakan bahawa gabungan politik ini matang dan bersedia melakukan pembaharuan untuk membawa suara masyarakat setempat.

Untuk rekod, Shamsul mewakili PH bertanding bagi DUN Paya Rumput, manakala Mas bertanding di Tanjung Bidara.

Ujar Isham, sikap tamak jawatan ini akan menyusahkan rakyat dan kawasan itu sendiri kerana pemimpinnya sukar memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya.

“Tak masuk akal nak bertanding lagi. Dah jadi Ahli Parlimen maka fokus kepada tugas Ahli Parlimen sahaja. Begitu juga jadi ADUN, maka fokus tugas ADUN sahajalah. Supaya khidmat kepada rakyat dapat dijalankan dengan baik,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini