Ahli Parlimen Lubok Antu Sokong PN, Bukit Gantang Sertai Bersatu

Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini mengukuhkan kedudukan mereka di dalam Parlimen apabila seorang Ahli Parlimen menyertai parti berkenaan manakala seorang lagi  menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

Melalui hantaran di laman Facebokok Rasmi parti itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerima kunjungan Ahli Parlimen Lubuk Antu, Jugah Muyang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal di Putrajaya.

Dilaporkan peerjumpaan tersebut bagi menyampaikan aku janji menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menyerahkan borang keahlian bagi menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Semalam, Jugah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum (PRU14) sebelum kemudiannya menyertai PKR.

Sementara Syed Abu Hussin yang sebelum ini menang di atas tiket Barisan Nasional sebelum mengumumkan diri menjadi  ahli parlimen Bebas.

 

BBerkaitan

Latest articles