More

    Ahli Parlimen Di Kawasan TEMCO Digesa Buat Saringan Covid-19

    Mana-mana ahli parlimen yang ada pulang ke kawasan terutama yang melibatkan perintah kawalan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) digesa melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum menghadiri sidang Dewan Rakyat.

    Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang mahu memastikan kesemua wakil rakyat patuh dengan arahan dan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

    “Ini penting kerana saya tahu Ahli-Ahli Yang Berhormat (YB) pulang ke kawasan masing-masing.

    “Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan mengekang penularan Covid-19, selain memastikan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar, maka saya ingin sarankan kumpulan berikut membuat ujian Covid-19,” katanya ketika menyampaikan pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

    Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 daripada beberapa kluster terbaharu seperti yang dilaporkan KKM.

    Mengambil kira perkembangan tersebut, Azhar menegaskan mana-mana wakil rakyat yang bergejala, individu dalam siasatan (PUI), individu dalam pemantauan (PUS), kontak rapat kepada kes positif, perlu membuat ujian saringan berkenaan untuk kebaikan semua pihak.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini