Ahli Parlimen Barisan Nasional Sepakat Namakan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri

Ahli-Ahli  Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat malam ini secara sebulat suara menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke 9.

Perkara itu disahkan oleh beberapa Ahli Parlimen yang ditemui di Lobi Menara Dato’ Onn selepas mesyuarat malam ini berakhir dan Menurut Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebelum jam 4 petang Rabu.

Dalam pada itu, di dalam satu ciapan di laman twitter, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turt mengesahkan perkara berkenaan.

” Berpadu bersama Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi, Timbalan DSU @tokmatn9 , Penasihat #BN DS @NajibRazak & Ahli2 MKT UMNO. Dihantar hanya 1 nama sbg calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60 MP #Bera, Moga Allah SWT memberkati usaha kami.”

Sebelum itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat malam ini juga, tidak membuat kata putus akhir dan menyerahkan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menamakan siapakah nama Perdana Menteri yang akan dinamakan oleh Parti UMNO.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akuan bersumpah menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara.

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, serta seluruh barisan Jemaah Menteri berkuat kuasa serta-merta.

BBerkaitan

Latest articles