ahli lembaga koperasi direman, disyaki masukkan RM3.2 juta ke syarikat ahli keluarga

Seorang ahli lembaga koperasi agensi kerajaan direman lima hari disyaki menyeleweng wang pelaburan RM3.2 juta.

Suspek dipercayai menyalah guna jawatan dengan mengarahkan wang pelaburan masing-masing bernilai RM700,000 dan RM2.5 juta dari koperasi.
Wang itu dimasukkan ke akaun syarikat milik adik dan isterinya, tetapi tiada projek dilaksanakan.

Koperasi itu melibatkan agensi pembukaan tanah di daerah Perak Tengah.

Majistret Siti Hanum Mohamad Sah membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suspek berusia 46 tahun itu sehingga Sabtu, lapor Berita Harian.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak, Bandar Meru Raya, Ipoh, pada 2.25 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Ahmad Sabri Mohamed, mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

BBerkaitan

Latest articles