Agong Zahir Keyakinan Penjana Sebagai Pelan Menyeluruh Bantu Rakyat Di Kala Pandemik

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang dibentangkan oleh kerajaan sebagai inisiatif membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sebagai satu langkah yang inklusif.

Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, pelan tersebut juga menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap keperitana rakyat untuk memenuhi keperluan dan kebajikan masyarakat, industri dan perniagaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah juga menzahirkan sokongan dan penghargaan terhadap langkah kerajaan dalam menangani impak Covid-19 kepada rakyat dan ekonomi negara melalui pelan bernilai RM35 bilion itu.

Menerusi pelan itu, baginda berharap agar kerajaan bertindak segera dan berkesan dalam menangani impak wabak Covid-19 kepada ekonomi negara, khususnya kemudaratan terhadap kedudukan kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kelangsungan hidup perniagaan dan rakyat, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan nasib pekerja di negara ini, yang terkesan akibat impak wabak ini kepada ekonomi negara.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan keyakinan bahawa pendekatan secara inklusif ini akan menjadi pemangkin kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek negara serta dapat mempertingkatkan keyakinan dan sentimen rakyat, perniagaan dan pelabur asing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sultan Abdullah juga berharap agar pelan tersebut dapat memberi manfaat menyeluruh untuk membantu rakyat, sekaligus merancakkan kembali ekonomi negara.

“Rakyat turut disarankan agar tidak memilih pekerjaan dan merebut peluang yang ada walaupun dalam bidang yang dilakukan oleh pekerja asing. Dengan ini, negara boleh mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles