Agong Titah BN Terlibat Dengan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya semua 30 Ahli Parlimen gabungan itu untuk mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Hal itu disampaikan baginda ketika sesi mengadap bersama Ahmad Zahid, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Zambry Kadir, di Istana Negara, pagi tadi.

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” demikian memetik Ahmad Zahid seperti dilaporkan Malaysiakini.

Baginda pada semalam menitahkan agar semua 30 ahli parlimen BN untuk hadir di Istana Negara, pagi ini, untuk ditemu bual secara individu dalam usaha baginda melantik perdana menteri baru Malaysia.

Bagaimanapun, Zahid berkata, sesi itu digantikan dengan pertemuan mereka bertiga saja yang menghadap Agong.

Susulan titah Agong pagi tadi, Ahmad Zahid berkata, titah tersebut akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

Berdasarkan surat dikeluarkan ibu pejabat parti, mesyuarat MKT Umno dijadual berlangsung pada 8 malam ini, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN.

BBerkaitan

Latest articles