Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Istana Negara kira-kira jam 1.230 tengah hari bagi menghadiri mesyuarat khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan pada jam 2.30 petang ini.
Baginda sempat menurunkan cermin tingkat kenderaan yang membawa baginda dan melambai kepada kumpulan pengamal media yang menunggu sejak pagi tadi.
Mesyuarat petang ini berlangsung bagi membincangkan dan memperincikan cadangan yang dikemukakan Mesyuarat Khas Kabinet pada Jumaat lalu yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadap Seri paduka di Isyana Abdul Aziz di Indera Mahkota, Kuantan.
Istana Negara dalam satu kenyataan semalam juga memaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu untuk membincangkan kesemua cadangan berkenaan.
Pelbagai spekulasi bertebaran sejak beberapa hari ini dengan mengaitkan kerajaan mahu melaksanakan darurat atau penggantungan sidang Dewan Rakyat dengan mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 yang semakin memburuk di dalam negara.