Agong Selamat Jalani Rawatan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah selamat menjalani rawatan konservatif bagi mengatasi kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang.

Menurut kenyataan Istana Negara, masalah kesihatan yang dialami baginda berpunca daripada latihan ketenteraan intensif serta gaya hidup aktif ketika muda, terutamanya dalam sukan polo.

“Sultan Ibrahim bersama KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan penghargaan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengadakan solat hajat serta tidak putus-putus mendoakan kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut kenyataan itu.

Baginda dijangka pulang ke Malaysia pada 21 Februari selepas berangkat ke luar negara untuk menjalani rawatan sejak 7 Februari lalu.

BBerkaitan

Latest articles