Agong: Rakyat Ada Hak Untuk Kecewa Jika Pihak Atasan Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pada pertemuan yang berlangsung hari ini.

Dalam sesi menghadap tersebut, Seri Paduka Baginda telah diperkenankan menerima taklimat berkaitan perkembangan semasa perundangan negara, termasuk usaha memperkukuh tatakelola serta pelaksanaan agenda reformasi institusi bagi membanteras rasuah, yang dipersembahkan oleh Azalina.

Sultan Ibrahim menegaskan bahawa keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dipelihara serta dipertahankan demi kepentingan negara dan rakyat.

Baginda bertitah, rakyat berhak berasa kecewa sekiranya pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan atau terlibat dalam amalan rasuah.

Menurut Seri Paduka Baginda, pemeliharaan dua prinsip utama Rukun Negara itu amat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap tahap kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

BBerkaitan

Latest articles