KUALA LUMPUR: Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang akan mula menunaikan ibadah puasa esok.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua menyeru rakyat agar menjadikan bulan penuh keberkatan ini sebagai medan memperbanyakkan amal ibadah, di samping memperkukuh perpaduan dan memupuk semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat.
Baginda turut mendoakan agar Malaysia terus dilimpahi rahmat dan keberkatan Ilahi, selain seluruh rakyat dikurniakan kesejahteraan, keamanan serta keharmonian yang berpanjangan.










