Agong Puji Pendekatan Subsidi Bersasar, Pastikan Golongan Yang Benar Layak Sahaja Terima

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyambut baik pendekatan subsidi bersasar dan mahu pengagihan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan kepada kumpulan rakyat yang benar-benar layak saja.

Baginda bertitah pelaksanaan kaedah itu berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan sukacita melihat perkembangan ekonomi negara, termasuk prestasi ekonomi domestik dan pelaburan negara yang semakin bertambah baik.

“Nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah. Pada tahun lalu, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai 5.9% dalam pelbagai sektor dan jumlah perdagangan negara melepasi angka RM2 trilion untuk tempoh sembilan bulan pertama.

“Saya mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan kerajaan atas prestasi ekonomi negara yang membanggakan ini serta berharap ia terus dipertingkatkan.

“Namun, kerajaan hendaklah menentukan supaya prestasi baik ini membawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat dan bukan hanya memberi keuntungan kepada kumpulan tertentu saja,” titah baginda.

BBerkaitan

Latest articles