More

    Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Sempena Maulidur Rasul

    Umat Islam di negara ini digesa mencontohi keperibadian mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

    Demikian memetik ucapan Maulidur Rasul daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi satu hantaran di akaun Instagram Istana Negara, hari ini.

    Baginda berdua juga menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam.

    “Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita.

    “Marilah kita juga bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di padang Mashyar kelak,” demikian memetik hantaran tersebut.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini