Agong, Permaisuri Zahir Kesejahteraan Rakyat, Negara Sempena Tahun Baru

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu dan menyelitkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

“Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” zahir Seri Paduka berdua menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara.

Tidak seperti kebiasaannya, sambutan tahun baharu kali ini diisi dengan acara solat hajat dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri sebagai tanda menghormati dan bersimpati kepada mangsa terjejas.

Ini susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membatalkan sambutan Tahun Baharu 2022.

BBerkaitan

Latest articles